لِمَ تَلْبِسُونَ الْحَقَّ بِالْبَاطِلِ وَتَكْتُمُونَ الْحَقَّ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ Mengapa kamu mencampur adukkan yang hak dengan yang bathil, dan menyembunyikan kebenaran, padahal kamu mengetahui? (Qs. Ali Imron :71)

Rabu, 15 Februari 2017

Bacalah !! Surat Al-Ikhlas di 9 Waktu Ini, Lalu Rasakan Manfaat Besarnya

Surat Al-Ikhlas (Memurnikan Ke-Esa-an Allah SWT) yaitu Surat ke-112 dalam Al-Qur an dengan fadhilah dan keutamaan yang menakjubkan. Surat ini tergolong Surat Makkiyah, terdiri atas 4 ayat serta pokok isinya yaitu menegaskan ke-Esa-an Allah serta menolak semua bentuk penyekutuan terhadap-Nya.

Sabda Rasulullah S. A. W yang bermaksud:

Barangsiapa membaca Surat Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, jadi dia akan tidak membusuk didalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya serta beberapa malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melewati titian shirotul-mustaqim lalu menuju ke surga. (Demikian diterangkan dalam Tadzkirotul Qurthuby).

Ternyata ada saat tertentu yang dianjurkan membaca surat Al-Ikhlas. Tersebut sembilan saat yang dianjurkan untuk mengamalkan surat Al-Ikhlas:

Pertama: saat pagi serta sore hari

Pada malam hujan lagi gelap gulita kami keluar mencari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk shalat bersama kami, lalu kami menemukannya. Beliau bersabda, “Apakah kalian sudah shalat? ” Tetapi sedikitpun saya tidak berkata-kata. Beliau bersabda, “Katakanlah“. Tetapi sedikit juga saya tidak berbicara. Beliau bersabda, “Katakanlah“. Tetapi sedikit juga saya tidak berbicara. Lalu beliau bersabda, “Katakanlah“. Sampai saya berkata, “Wahai Rasulullah, apa yang perlu saya katakan? ” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Katakanlah (bacalah surat) QUL HUWALLAHU AHAD DAN QUL A’UDZU BIRABBINNAAS DAN QUL A’UDZU BIRABBIL FALAQ saat sore serta pagi sebanyak tiga kali, maka dengan ayat-ayat ini akn mencukupkanmu (menjagamu) dari semua keburukan. ” (HR. Abu Daud no. 5082 serta An Nasai no. 5428. Syaikh Al Albani mengatakan kalau hadits ini hasan)

Ke-2: sebelum tidur

“Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam saat ada ditempat tidur di tiap-tiap malam, beliau menghimpun ke-2 telapak tangannya lalu ke-2 telapak tangan itu ditiup serta dibacakan ’Qul huwallahu ahad’ (surat Al Ikhlash), ’Qul a’udzu birobbil falaq’ (surat Al Falaq) serta ’Qul a’udzu birobbin naas’ (surat An Naas). Lalu beliau mengusapkan ke-2 telapak tangan tadi pada anggota tubuh yang dapat dijangkau diawali dari kepala, muka, serta badan sisi depan. Beliau lakukan yang sekian sejumlah tiga kali. ” (HR. Bukhari no. 5017)

Ke-3: ketika ingin meruqyah (membaca do’a serta wirid untuk penyembuhan saat sakit)

Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, dia berkata, “Apabila Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam akan tidur, beliau bakal meniupkan ke telapak tangannya sembari membaca QUL HUWALLAHU AHAD (surat Al Ikhlas) serta Mu’awidzatain (Surat An Naas serta Al Falaq), lalu beliau mengusapkan ke wajahnya serta semua tubuhnya. Aisyah berkata, “Ketika beliau sakit, beliau menyuruhku melakukan hal itu (sama seperti saat beliau akan tidur, -pen). ” (HR. Bukhari no. 5748)

Ke-4: wirid selesai shalat (setelah salam)

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan padaku untuk membaca mu’awwidzaat diakhir shalat (setelah salam). ” (HR. An Nasai no. 1336 serta Abu Daud no. 1523. Syaikh Al Albani mengatakan kalau hadits ini shahih). Yang disebut mu’awwidzaat yaitu surat Al Ikhlas, Al Falaq serta An Naas seperti disebutkan oleh Ibnu Hajar Al Asqolani. (Fathul Bari, 9/62)

Ke-5: dibaca saat mengerjakan shalat sunnah fajar (qobliyah shubuh)

“Sebaik-baik surat yang di baca saat dua raka’at qobliyah shubuh yaitu Qul huwallahu ahad (surat Al Ikhlash) serta Qul yaa ayyuhal kaafirun (surat Al Kafirun). ” (HR. Ibnu Khuzaimah 4/273. Syaikh Al Albani menyampaikan dalam Silsilah Ash Shohihah kalau hadits ini shahih. Saksikan As Silsilah Ash Shohihah no. 646). Hal ini dapat dikuatkan dengan hadits Ibnu Mas’ud yang bakal dijelaskan pada point tersebut.

Ke-6: di baca saat kerjakan shalat sunnah ba’diyah maghrib

“Aku tidak bisa menghitung karena begitu sering saya mendengar bacaan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam membaca surat pada shalat dua raka’at ba’diyah maghrib serta pada shalat dua raka’at qobliyah shubuh yakni Qul yaa ayyuhal kafirun (surat Al Kafirun) serta qul huwallahu ahad (surat Al Ikhlash). ” (HR. Tirmidzi no. 431. Syaikh Al Albani mengatakan kalau hadits ini hasan shahih)

Ke-7: dibaca saat mengerjakan shalat witir tiga raka’at

“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam membaca pada raka’at pertama : Sabbihisma robbikal a’la (surat Al A’laa), pada raka’at ke-2 : Qul yaa ayyuhal kafiruun (surat Al Kafirun), serta pada raka’at ketiga : Qul huwallahu ahad (surat Al Ikhlash) serta mu’awwidzatain (surat Al Falaq serta An Naas). ” (HR. An Nasai no. 1699, Tirmidzi no. 463, Ahmad 6/227)

Ke-8: di baca saat mengerjakan shalat Maghrib (shalat harus) pada malam jum’at

“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam umum saat shalat maghrib pada malam Jum’at membaca Qul yaa ayyuhal kafirun’ serta ‘Qul ‘ huwallahu ahad’. ” (Syaikh Al Albani dalam Takhrij Misykatul Mashobih (812) mengatakan kalau sanad hadits ini shahih)

Ke-9: saat shalat dua rak’at di belakang maqom Ibrahim setelah thowaf

“Lantas Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam jadikan maqom Ibrahim pada dianya serta Ka’bah, lalu beliau kerjakan shalat dua raka’at. Dalam dua raka’at itu, beliau membaca Qulhuwallahu ahad (surat Al Ikhlas) serta Qul yaa-ayyuhal kaafirun (surat Al Kafirun). Dalam kisah yang lain disebutkan, beliau membaca Qul yaa-ayyuhal kaafirun (surat Al Kafirun) serta Qulhuwallahu ahad (surat Al Ikhlas). ” (Disebutkan oleh Syaikh Al Albani dalam Hajjatun Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, hal. 56)

Meskipun ada anjuran 9 saat diatas. Tetapi membaca surat Al-Ikhlas tidaklah terpaku pada 9 saat itu. Dimana juga kapanpun boleh membaca surat Al-Ikhlas sebagai bentuk dzikir kepada Allah SWT. Wallahu a’lam.

sumber : rindusurga.com

Minggu, 12 Februari 2017

Al-Munafiqun : Membongkar Sisi Psikologi Kaum Munafiq

Kearifan Allah Taala meliputi apa yang tersembunyi di langit dan dibumi sekalipun ia tersimpan dalam anotomi seorang manusia bernama “hati”. Firman Allah Taala;

وَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ آمَنَّا بِاللَّهِ وَبِالْيَوْمِ الآخِرِ وَمَا هُم بِمُؤْمِنِينَ

“Dan di kalangan manusia ada yang berkata  mereka beriman kepada Allah dan hari Akhirat, sedangkan mereka sebenarnya tidak beriman.” (Al-Baqarah:8)

Hal ini diperincikan di dalam al-Quran, dalam surah yang khusus, bertemakan keperibadian golongan yang mengelabui kejahatan dengan menampilkan keimanan, iaitu surah “Al-Munafiqun” (Kaum Munafiq). Kebanyakan ulama’ tafsir menyebut bahawa surah “Al-Munafiqun” diturunkan selepas peperangan Mustalaq iaitu pada tahun ke-6 Hijrah. Hal ini dikuatkan dengan redaksi tokoh munafiq, Abdullah bin Ubay dalam ayat ke-8 surah ini;


لَئِن رَّجَعْنَا إِلَى الْمَدِينَةِ لَيُخْرِجَنَّ الأَعَزُّ مِنْهَا الأَذَلَّ


“Sungguh jika kita kembali ke Madinah, nescaya orang-orang mulia mengusir orang-orang yang hina darinya.”

Berkata Syeikh Mohamad Ali as-Sobuni di dalam “Sofwatu at-Tafasir”, “Nifaq (kemunafiqan) tidak dikenal ketika marhalah Makkiyah, tetapi mula dikenal ketika marhalah Madaniyah (selepas penghijrahan Nabi ke Yathrib) iaitu ketika Islam mula bertapak kukuh dan bertambah jumlah penganutnya.” 


Sungguhpun surah “Al-Munafiqun” mendedahkan kepada kita tokoh antogonis bernama Abdullah bin Ubai, pengajaran ayat di dalam surah ini masih bersifat umum. Sebenarnya hampir setiap surah Madaniyah, Allah mendedahkan tembelang mereka yang berhati busuk, kerana orang munafiq suka berpura-pura, pada lahirnya mengaku Islam dan beriman sedang batinnya tetap kufur yang disembunyikan. Hal ini sebagaimana yang dijelaskan dalam beberapa fasal, antaranya yang dapat disenaraikan;

  1. Surah Al-Baqarah ayat 8 hingga 20 : Golongan munafiq.
  2. Surah Al-Baqarah ayat 204 hingga 210 : Perbuatan orang-orang munafiq.
  3. Surah Ali-Imran ayat 165 hingga 168 : Beberapa sifat orang munafik.
  4. Surah An-Nisa’ ayat 137 hingga 147 : Beberapa keburukan orang munafiq.
  5. Surah At-Taubah ayat 62 hingga 66 : Tuduhan orang munafiq terhadap Nabi Muhammad s.a.w.
  6. Surah At-Taubah ayat 67 hingga 70 : Hasutan-hasutan orang munafiq dan ancaman Allah terhadap mereka.
  7. Surah At-Taubah ayat 75 hingga 78 : Pengakuan orang munafiq tidak dapat dipercayai.
  8. Surah At-Taubah ayat 79 hingga 80 : Kemunafiqan adalah dosa yang tidak diampuni Allah.
  9. Surah At-Taubah ayat 84 hingga 85 : Larangan mensolatkan jenazah orang munafiq.
  10. Surah At-Taubah ayat 86 hingga 90 : Keengganan orang munafiq untuk berjihad dan pahala orang yang berjihad.
  11. Surah Muhammad ayat 20 hingga 30 : Ancaman terhadap orang-orang munafiq.
  12. Surah Al-Munafiqun ayat 1 hingga 8 : Sifat-sifat orang munafiq.
Surah “Al-Munafiqun” membataskan hanya pada tema “munafiq” kecuali ayat 9, 10 dan 11 yang menutup surah ini sebagai kesimpulan agar orang-orang yang beriman tidak terjebak dengan gejala nifaq, yang rata-ratanya berpunca daripada sikap rakus, tamak dan lalai dengan perintah Allah. Ini kerana, gerakan kemunafiqan telah banyak mengganggu kelancaran dakwah baginda s.a.w, lantaran sikap mereka yang sering melakukan makar pengkhianatan di tengah-tengah kehidupan jamaah orang beriman.

Oleh sebab itu, Rasulullah s.a.w ketika solat Jumaat baginda akan membacakan surah “Al-Jumu’ah” dalam rakaat pertamanya, sebagai anjuran agar kaum beriman rajin beribadat. Manakala pada rakaat kedua pula baginda membaca surah “Al-Munafiqun” sebagai paluan, herdikan dan tamparan kepada golongan munafiq. 

Pada ayat pertama surah “Al-Munafiqun”, Allah membongkar sifat munafiq kerana apa yang diungkapkan berbeza dengan apa yang dihasratkan. Mereka dengan megah menyungguhkan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w, disebabkan adanya kepentingan duniawi. Firman Allah Taala;


إِذَا جَاءَكَ الْمُنَافِقُونَ قَالُوا نَشْهَدُ إِنَّكَ لَرَسُولُ اللَّهِ وَاللَّهُ يَعْلَمُ إِنَّكَ لَرَسُولُهُ وَاللَّهُ يَشْهَدُ إِنَّ الْمُنَافِقِينَ لَكَاذِبُونَ


“Apabila orang-orang munafiq datang kepadamu (wahai Muhammad) lantas mereka berkata; Kami naik saksi sesungguhnya engkau sememangnya utusan Allah. Dan Allah sungguh mengetahui bahawa engkau memanglah utusan-Nya. Dan Allah naik saksi sesungguhnya orang-orang munafiq itu sememangnya para pendusta.” (Al-Munafiqun:1)

Menurut Ibnu Ishak, seorang tokoh ulama sirah meriwayatkan bahawa setiap hari Jumaat sedang Rasulullah s.a.w duduk untuk berkhutbah, Abdullah bin Ubay akan bangun membuat peringatan kepada kaum Muslimin dengan berkata;


أيها الناس هذا رسول الله صلى الله عليه وسلم بين أظهركم أكرمكم الله به وأعزكم به فانصروه وعزروه واسمعوا له وأطيعوا له


“Wahai manusia! Ini dia Rasulullah s.a.w yang masih berada di kalangan kamu, dengannya Allah memuliakan kamu dan mengagungkan kamu, untuk itu bantulah Baginda, sokonglah Baginda, dengarlah dan taatilah Baginda.” 

Selepas itu, baharulah Rasulullah s.a.w berdiri untuk berkhutbah. Maka, Allah menyedarkan umat beriman tentang penipuan yang dilakukan kaum munafiq yang pada hakikatnya mereka menipu diri sendiri, kerana segala bentuk kesamaran yang disembunyikan kelak akan terungkap di hari pembalasan. Firman Allah Taala;


يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَالَّذِينَ آمَنُوا وَمَا يَخْدَعُونَ إِلاَّ أَنفُسَهُم وَمَا يَشْعُرُونَ


“Mereka menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanyalah menipu diri sendiri tanpa mereka sedari.” (Al-Baqarah:9)

Lebih dari itu, sebenarnya hati mereka sakit kerana tradisi kemunafiqan yang diperanankan dalam hati mereka.


فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ فَزَادَهُمُ اللَّهُ مَرَضاً


“Dalam hati mereka ada penyakit, lalu Allah menambah penyakitnya itu.” (Al- Baqarah:10)

Mereka membuat pengakuan dan pengisytiharan bahawa amalan-amalan mereka adalah demi kemaslahatan makhluk di bumi, padahal semuanya hanyalah kepulan asap yang menutup kerakusan dan kerosakan yang dilakukan mereka. Allah Taala berfirman;


وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ لاَ تُفْسِدُواْ فِي الأَرْضِ قَالُواْ إِنَّمَا نَحْنُ مُصْلِحُونَ


“Dan apabila dikatakan kepada mereka; ‘janganlah berbuat kerosakan di bumi!’ Mereka menjawab, ‘sesungguhnya kami justeru orang-orang yang melakukan perbaikan.” (Al- Baqarah:11)

Bahkan golongan munafiq ini sanggup menggunakan “syahadah” mereka sebagai sumpah palsu demi menghalang manusia daripada jalan Allah (syariat-Nya). Mereka mengikrarkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w itu Rasul Allah dengan sumpah yang bohong.


اتَّخَذُوا أَيْمَانَهُمْ جُنَّةً فَصَدُّوا عَن سَبِيلِ اللَّهِ إِنَّهُمْ سَاء مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ


“Mereka itu menjadikan sumpah sebagai topeng (perisai), lalu mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruklah apa yang telah mereka kerjakan.” (Al-Munafiqun:2)

Firman Allah;


ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ آمَنُوا ثُمَّ كَفَرُوا فَطُبِعَ عَلَى قُلُوبِهِمْ فَهُمْ لا يَفْقَهُونَ


“Yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya mereka telah beriman. Kemudian menjadi kafir (semula) lalu hati mereka dibelenggu (dikunci), maka mereka pun tidak dapat memahami.” (Al-Munafiqun:3)

Maka, sebetulnya orang-orang munafiq sudah pun mengenal batasan iman dan kufur tetapi mereka lebih cenderung memilih jalan kebinasaan. Mereka telah pun mengenali Islam sepanjang bersama Rasulullah s.a.w, tetapi mereka tetap menolak kebenarannya kerana mengharapkan nilaian-nilaian itu berbentuk material, bukannya janji pahala dan ganjaran syurga. Firman Allah;

وَإِذْ يَقُولُ الْمُنَافِقُونَ وَالَّذِينَ فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ مَّا وَعَدَنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ إِلاَّ غُرُورًا


“Ketika orang-orang munafiq dan orang-orang yang di dalam hatinya berpenyakit berkata; Tidak adalah janji Allah dan Rasul-Nya kepada kami, melainkan penipuan semata-mata.” (Al-Ahzab:12)

Firman Allah seterusnya;

وَإِذَا رَأَيْتَهُمْ تُعْجِبُكَ أَجْسَامُهُمْ وَإِن يَقُولُوا تَسْمَعْ لِقَوْلِهِمْ كَأَنَّهُمْ خُشُبٌ مُّسَنَّدَةٌ يَحْسَبُونَ كُلَّ صَيْحَةٍ عَلَيْهِمْ هُمُ الْعَدُوُّ فَاحْذَرْهُمْ قَاتَلَهُمُ اللَّهُ أَنَّى يُؤْفَكُونَ


“Dan apabila engkau melihat mereka engkau akan dikagumkan oleh (potongan) badan mereka. Dan sekiranya mereka bercakap pasti engkau (tertarik) mendengar perkataan mereka. Mereka itu seolah-olahnya tunggul yang tersandar yang menyangkakan teriakan yang keras itu ditujukan kepada mereka. Mereka itulah musuh (yang sebenarnya) maka waspadalah terhadap mereka. Allah laknat mereka. Ke mana mereka akan memalingkan muka (dari kebenaran).” (Al-Munafiqun:4)

Ayat di atas menggambarkan sikap luaran kaum munafiq yang indah-indah, mengkagumkan pandangan manusia. Sedangkan hakikat mereka itu ibarat kayu yang tiada daya hidup, tidak memiliki akar yang kukuh, apatah lagi menghasilkan buah yang ranum. Kata Ibnu Hayyan, “Golongan munafiq ini ibarat kayu yang menunggu saatnya menjadi arang.”


Ibnu Abbas r.a menceritakan tentang Abdullah bin Ubai ini memiliki tubuh yang sasa, lidah yang fasih, wajah yang tampan. Begitu juga khalayak lain yang seiring dengan watak kemunafiqan Abdullah bin Ubai, turut memiliki kelebihan yang sama. Mereka sering hadir di majlis Rasulullah, sambil bersandar di dinding-dinding. Mereka gemar melekehkan orang-orang yang berada di luar ‘grup’ mereka, sedangkan mereka adalah orang-orang yang buta “mata dan hatinya”, tuli “pendengarannya daripada petunjuk” dan bisu “mulutnya daripada kebenaran”.


Mereka bagaikan orang berjalan di dalam kegelapan dengan suasana ribut hujan disertai gegar gemuruh guruh, petir dan kilat yang sambar-menyambar. Mereka berhati-hati melakukan aksi kemunafiqannya, sedangkan Allah tidak buta melihat apa yang disembunyikan dalam hati mereka.


Mereka juga angkuh untuk memohon keampunan daripada Allah sungguhpun yang mengajak seruan itu adalah Rasulullah s.a.w.


وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْا يَسْتَغْفِرْ لَكُمْ رَسُولُ اللَّهِ لَوَّوْا رُؤُوسَهُمْ وَرَأَيْتَهُمْ يَصُدُّونَ وَهُم مُّسْتَكْبِرُونَ


“Dan apabila dikatakan kepada mereka; ‘Marilah (bertaubat) supaya Rasulullah meminta ampun (kepada Allah) untuk kamu’, mereka (enggan sambil) menggeleng-gelengkan kepalanya; dan engkau melihat mereka berpaling (dari bertaubat) serta mereka berlaku sombong angkuh.” (Al-Munafiqun:5)

Para mufassirin mengatakan selepas surah ini diturunkan, maka sebahagian kerabat Abdullah bin Ubay datang menemuinya serta menyedarkan bahawa surah ini diturunkan berkenaan sikapnya. Mereka berkata kepada Abdullah bin Ubay, “Temuilah Nabi Muhammad s.a.w dan akuilah dosamu agar Rasulullah meminta daripada Allah agar dosamu diampunkan.”

Lantas seruan mereka disindir Abdullah bin Ubay;



لقد أشرتم عليّ بالإيمان فآمنت، وأشرتم عليّ بأن أعطي زكاة مالي ففعلت، ولم يبق لكم إلا أن تأمروني بالسجود لمحمد


“Sesungguhnya kamu telah memujukku beriman, aku pun beriman. Kamu memujukku memberikan zakat harta, aku pun menunaikannya. Tidak ada lagi yang tertinggal (segala perintah kamu telah dilaksana) melainkan kamu suruh supaya aku sujud kepada Muhammad!”

Kemudian Allah berfirman;


سَوَاء عَلَيْهِمْ أَسْتَغْفَرْتَ لَهُمْ أَمْ لَمْ تَسْتَغْفِرْ لَهُمْ لَن يَغْفِرَ اللَّهُ لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ


“(Tiada faedahnya) kepada mereka (kaum munafiq), sama ada engkau meminta ampun untuk mereka atau engkau tidak meminta ampun, Allah tidak sekali-kali akan mengampunkan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang fasik.” (Al-Munafiqun:6)

Ibnu Ishak memperincikan lagi kisah kemunafiqan Abdullah bi Ubay, ketika kembalinya tentera Islam daripada peperangan Mustalaq. Dalam perjalanan menuju Madinah, orang ramai menyerbu kawasan air di Al-Muraisi’ di perairan Bani Mustalaq di daerah Qadid. Keadaan sesak di sana menyebabkan berlakunya pergaduhan di antara dua orang lelaki bernama Jahjah ibn Usaid, orang suruhan Umar al Khattab r.a dengan salah seorang suku kabilah Juhainah daripada kaum Ansar iaitu Sinan al-Juhani, yang bersekutu dengan kabilah Abdullah bin Ubay.

Tatkala mereka sedang bergaduh, Sinan al-Juhani berteriak meminta pertolongan kaum Ansar, “Wahai kaum Ansar, bantulah aku”. Mendengar teriakan tersebut lalu Jahjah turut melaungkan sentiment perkauman yang sama dengan meminta pertolongan kaum Muhajirin.

Kejadian ini sampai ke pengetahuan Abdullah bin Ubay yang pada ketika itu bersama sekumpulan orang-orangnya termasuklah Zaid bin Arqam. Kata Abdullah bin Ubay, “Sudahlah mereka ketepikan kita setelah berasak-asak di negeri kita, mereka tidak ubah seperti melepas anjing tersepit. Demi Allah apabila kita pulang ke Madinah nanti, golongan yang mulia akan menghalau keluar golongan yang hina.”


Kemudian berkata lagi, “Inilah akibat tindakan kamu sendiri yang telah membenarkan mereka memasuki negeri kamu, kemudian berkongsi harta pula dengan mereka. Demi Allah sekiranya di hari ini kamu tidak menyedekahkan kemakmuran kamu itu nescaya mereka akan berpindah ke negeri lain.”


Allah kembali menempelak perkataan Abdullah bin Ubay;


هُمُ الَّذِينَ يَقُولُونَ لا تُنفِقُوا عَلَى مَنْ عِندَ رَسُولِ اللَّهِ حَتَّى يَنفَضُّوا وَلِلَّهِ خَزَائِنُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَلَكِنَّ الْمُنَافِقِينَ لا يَفْقَهُونَ


“Mereka mengatakan (kepada orang-orang Islam di Madinah yang menolong Rasulullah dan kaum Muhajirin); ‘Janganlah kamu membelanjakan harta kepada orang-orang yang bersama-sama Rasulullah supaya mereka bersurai (meninggalkannya)’. Padahal bagi Allah jualah perbendaharaan langit dan bumi, (tiada sesiapa yang dapat memberi atau menyekat sebarang pemberian melainkan dengan kehendak-Nya); akan tetapi orang-orang yang munafiq itu tidak memahami (hakikat yang sebenarnya).” (Al-Munafiqun:7)

Ugutan hina yang disuarakan Abdullah bin Ubay itu dilaporkan Zaid bin Arqam r.a kepada bapa saudaranya sehinggalah diketahui oleh baginda Nabi s.a.w. Lalu Umar al-Khattab meminta izin Rasulullah s.a.w agar memerintahkan Ubadah bin Bishr memenggal kepala Abdullah bin Ubay. Tegas Rasulullah s.a.w;


فكيف يا عمر إذا تحدث الناس أن محمدا يقتل أصحابه؟


“Bagaimana wahai Umar, jika nanti orang akan bercakap bahawa Muhammad membunuh sahabatnya sendiri?”

Untuk mengelakkan para sahabat terus bercakap-cakap mengenai niat busuk Abdullah bin Ubay itu, Rasulullah mengarahkan pasukan tenteranya melakukan perjalanan luar biasa kembali ke Madinah. Mereka berjalan sepenuh hari dari pagi hingga lewat ke petang, dari malam hingga ke pagi hari, dan hanya berhenti untuk menunaikan solat. Ketika itulah mereka terasa lapang, mereka keletihan dan terus tertidur maka tiada masa para sahabat berfikir tentang konspirasi jahat Abdullah bin Ubay.


Di saat rehat itulah Rasulullah s.a.w mengambil peluang bertanya kepada Usaid ibn Khudair r.a, anak kepada Khudair al-Kata’ib seorang pahlawan terkenal suku kaum ‘Aus, mengenai perancangan Abdullah bin Ubay. Jawab Usaid;


يا رسول الله ارفق به. فو الله لقد جاءنا الله بك وإن قومه لينظمون له الخرز ليتوجوه، فإنه ليرى أنك قد استلبته ملكا


“Wahai Rasulallah berlembutlah dengannya (Abdullah bin Ubay), demi Allah yang telah mentaqdirkan tuan Rasul kami, dan sesungguhnya pengikut Abdullah bin Ubay telah mengatur kemewahan (batu permata) untuk dikalungkan kepadanya (sebelum kedatangan Rasul). Lantaran itu, dia memandang kedatangan baginda Rasulullah s.a.w sebagai perampas haknya sebagai raja.”


Pendirian Rasulullah s.a.w ketika mendengar penjelasan Usaid ibn Khudair r.a adalah sebagaimana yang digambarkan dalam firman Allah Taala;


لاَّ خَيْرَ فِي كَثِيرٍ مِّن نَّجْوَاهُمْ إِلاَّ مَنْ أَمَرَ بِصَدَقَةٍ أَوْ مَعْرُوفٍ أَوْ إِصْلاحٍ بَيْنَ النَّاسِ


“Tiada kebaikan daripada bisikan (perkataan manusia itu) kecuali seruan untuk bersedeqah, perintah melakukan perkara kebaikan ataupun perbaikan sesama manusia (mendamaikan manusia yang berselisih).”(An-Nisa’:114)

Abdullah bin Ubay menyedari bahawa rancangan busuknya itu telah sampai ke pengetahuan Nabi. Ketika perjalanan berbaki hampir ke Madinah, Abdullah bin Ubay berjalan bersama Nabi dan bersumpah bahawa dia tidak pernah berbicara seperti yang dilaporkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah mengiyakan penjelasan tersebut dan berhujjah barangkali Zaid bin Arqam tersalah dengar.


Keputusan yang diambil Rasulullah menyebabkan Zaid bin Arqam menjadi resah sehinggalah kemudianmya Allah menurunkan surah Al-Munafiqun. Ibnu Ishak menjelaskan ketika surah ini diturunkan Rasulullah s.a.w menunjukkan jari ke telinga Zaid bin Arqam. Sabda Rasulullah;


هذا الذي أوفى لله بأذنه


“Inilah orangnya yang memenuhi amanah kepada Allah dengan telinganya.”

Sayyid Qutb membahaskan ayat ini bahawa arahan Abdullah bin Ubai di sini ada persamaannya dengan apa yang dilakukan oleh musuh-musuh syariat di dalam lapangan politik hari ini. Mereka ibarat golongan Sekular Kapitalis yang menguasai ekonomi dengan menyekat sumber kehidupan komuniti masyarakat yang tidak dipersetujui oleh mereka. Mereka berselindung di bawah kapasiti seorang penganut Islam tetapi dalam jiwa mereka penuh dengan rancangan kebatilan.

Firman Allah;


يَقُولُونَ لَئِن رَّجَعْنَا إِلَى الْمَدِينَةِ لَيُخْرِجَنَّ الأَعَزُّ مِنْهَا الأَذَلَّ وَلِلَّهِ الْعِزَّةُ وَلِرَسُولِهِ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَلَكِنَّ الْمُنَافِقِينَ لا يَعْلَمُونَ


“Mereka berkata lagi; Demi sesungguhnya! Jika kita kembali ke Madinah (dari medan perang), sudah tentu orang-orang yang mulia (pihak kita) akan mengusir keluar orang-orang yang hina (orang yang berhijrah ke Madinah). Padahal bagi Allah jualah kemuliaan itu dan bagi Rasul-Nya serta bagi orang-orang yang beriman; akan tetapi golongan munafiq tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (Al-Munafiqun:8)

Abdullah bin Ubay menyimpan hasad yang mendalam terhadap Islam, kerana kehadiran Nabi Muhammad s.a.w telah memalapkan peluangnya menjadi pemimpin pilihan bagi masyarakat di Madinah. Abdullah bin Ubay membahasakan dirinya “orang yang lebih mulia” dan membahasakan Nabi Muhammad s.a.w dan sahabat-sahabatnya “orang-orang yang lebih hina”, sedangkan pada neraca Allah ia adalah sebaliknya.

Kata Imam al-Qurtubi r.hm, “Pada perkiraan orang munafiq mereka menyangka “orang yang lebih mulia” adalah orang yang banyak harta dan ramai para pengikutnya. Lalu diterangkan Allah bahawa kemuliaan adalah kurniaan yang hanya diberi kepada Rasul-Nya dan umatnya yang beriman.” (Tafsir al-Qurtubi:18/129)


Ibnu Ishak menjelaskan lagi, akibat rancangan nista Abdullah bin Ubay itu menyebabkan anaknya yang juga bernama Abdullah bertemu Rasulullah s.a.w sseraya menuturkan kata, “Ya Rasulallah, saya mendengar tuan ingin membunuh ayah saya. Seandainya itulah arahan tuan maka perintahkanlah saya membunuhnya.”

Rasulullah s.a.w lalu menjawab;


بل نترفق به ونحسن صحبته ما بقي معنا


“Tidak! Sebaliknya kita berlemah lembut dan bersahabat baik dengannya selagi dia tinggal bersama-sama dengan kita.”

Surah ini secara keseluruhan menemukan kita dengan perjalanan sirah, manhaj tarbiyah Ilahiyah dan takdir Allah dalam mengatur sesuatu urusan. Orang-orang munafiq hidup dalam barisan orang-orang beriman sehinggalah di penghujung hayat baginda Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w tidakpun mengeluarkan mereka daripada kelompok orang-orang beriman, walaupun baginda mengenal mereka melalui perangai, ragam, bahasa dan ciri-ciri mereka.

Sabda Rasulullah s.a.w;


إِنَّ لِلْمُنَافِقِينَ عَلَامَاتٍ يُعْرَفُونَ بِهَا : تَحِيَّتُهُمْ لَعْنَةٌ، وَطَعَامُهُمْ نُهْبَةٌ، وَغَنِيمَتُهُمْ غُلُولٌ، وَلَا يَقْرَبُونَ الْمَسَاجِدَ إِلَّا هَجْرًا، وَلَا يَأْتُونَ الصَّلَاةَ إِلَّا دَبْرًا، مُسْتَكْبِرِينَ، لَا يَأْلَفُونَ وَلَا يُؤْلَفُونَ، خُشُبٌ بِاللَّيْلِ، صُخُبٌ بِالنَّهَارِ


“Sesungguhnya ada tanda-tanda pada orang munafiq yang dapat dikenali, penghormatan mereka (terhadap orang lain) adalah laknat, makanan mereka adalah hasil rampasan, ghanimah (harta rampasan perang) mereka adalah kecurangan, mereka tidak mendekati masjid kecuali menjauhkan diri darinya, tidak menunaikan solat kecuali setelah selesai, sombong, tidak mahu bersahabat dan tidak mahu diajak bersahabat, berkumpul pada malam hari dan bergaduh pada siangnya.” (Riwayat Ahmad)

Sungguhpun sifat munafiq itu nyata disebut di dalam Al-Quran, ia bukanlah tugas umat yang beriman untuk menghukum kepura-puraan kaum munafiq selagi belum nyata pengkhianatan mereka dalam bentuk tindakan. Tugas utama umat yang beriman adalah menyampaikan saranan-saranan yang terkandung di dalam Al-Quran demi kelancaran risalah dakwah yang ditinggalkan baginda Rasulullah s.a.w. Kepada orang yang munafiq ini cukuplah kita katakan;


قَاتَلَهُمُ اللَّهُ أَنَّى يُؤْفَكُونَ


“Allah laknat mereka. Ke mana mereka akan memalingkan muka (dari kebenaran).” (Al-Munafiqun:4)

Berdasarkan amalan politik Rasulullah s.a.w, baginda tidak pernahpun mengambil tindakan terhadap kaum munafiq selama mereka menampakkan ke-Islaman dan menunaikan tanggungjawab sebagai Muslim. Hal itu kerana Allah tidak menyandarkan hati manusia kepada manusia. Apa yang terkandung dalam hati manusia itu adalah milik Allah semata-mata, dan Dia-lah yang akan menghisabnya di hari kemudian. Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqallani menyebutkan;


نحن قوم نحكم بالظاهر والله يتولى السرائر


“Kami adalah kaum yang berhukum kepada perkara-perkara yang zahir, kepada Allah diserahkan (segala hukuman) melibatkan perkara-perkara batin (yang melibatkan hati).”

Allah tidak menjadikan syariat dan hukum kepada manusia berdasarkan firasat. Kerana itu, Rasulullah s.a.w hanya menyenaraikan nama-nama golongan munafiq kepada Huzaifah al-Yamani r.a sahaja dan melarang laporan itu disensasikan. Umar al-Khattab r.a sering bertemu dan bertanya kepada Huzaifah agar merasa tenang dari unsur kemunafiqan. Kata Huzaifah yang terkenal dengan gelaran “Penyimpan Rahsia Nabi” – Sohib Sirr Ar-Rasul – itu, “Wahai Umar, kamu tidak termasuk di kalangan mereka (yang munafiq). Aku dilarang Rasulullah berlebih-lebihan membicarakan hal ini.”


Allah melarang Rasulullah s.a.w mendirikan solat jenazah ke atas orang-orang munafiq ketika kematian Abdullah bin Ubai sebagaimana firman-Nya;


وَلاَ تُصَلِّ عَلَى أَحَدٍ مِّنْهُم مَّاتَ أَبَدًا وَلاَ تَقُمْ عَلَىَ قَبْرِهِ إِنَّهُمْ كَفَرُواْ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَمَاتُواْ وَهُمْ فَاسِقُونَ


“Dan janganlah kamu sekali-kali mensolatkan (jenazah orang munafiq) seorang yang mati di antara mereka, dan janganlah kamu berdiri (mendoakan) di kuburnya. Sesungguhnya mereka telah kafir kepada Allah dan Rasul-Nya dan mereka mati dalam keadaan fasik.” (At-Taubah:84)

Setelah baginda wafat perbuatan Huzaifah-lah yang menjadi isyarat kepada para sahabat jika beliau tidak melakukan solat jenazah ke atas seseorang yang dikenalnya. Sungguhpun demikian Huzaifah tidak mengatakan apa-apapun atas tindakannya itu, ini kerana maklumat sulit yang diterima adalah amanah Rasulullah s.a.w yang tiada sesiapapun yang boleh mengetahuinya.

Referensi :

  • Sayyid Qutb, “Tafsir Fi Zilal al-Quran” 
  • Imam al-Hafiz Imaduddin Ibnu Kathir, “Mukhtasar Tafsir Ibnu Kathir”
  • Syeikh Mohammad Ali as-Sobuni, “Sofwatu at-Tafasir”

Imam Besar Masjid Istiqlal Ungkap Rahasia Takbir yang Sebabkan Musuh Islam Ketakutan

Imam Besar Masjid Istiqlal Prof. Dr. Nasaruddin Umar menyampaikan taujih sekaligus sambutan sebelum Tahajjud berjamaah dalam rangkaian acara Dzikir dan Tausyiah Nasional di Masjid Istiqlal Jakarta Pusat pada Sabtu (11/2/17).

Pakar tasawuf ini menyampaikan ungkapan selamat datang kepada kaum Muslimin yang menjadi tamu Allah di Masjid terbesar di Asia Tenggara ini. Atas nama seluruh pengurus dan staf masjid, Profesor Nasaruddin juga menyampaikan permintaan maaf jika terdapat penyambutan yang kurang berkenan.

Dalam taujihnya, Profesor Nasaruddin yang merupakan mantan Rektor UIN Syarif Hidayatullah ini menyampaikan satu rahasia terkait takbir.

Hal ini pula yang menjadi jawaban mengapa banyak didapati kaum Muslimin sering memekikkan takbir dalam berbagai acar keumatan.

"Takbir itu membuka tujuh puluh hijab antara seorang hamba dengan Rabb-nya." terang Profesor Nasaruddin mengutip hadits Nabi yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal.

Kiyai yang mengajar kitab Ihya' 'Ulumuddin secara rutin di Masjid Istiqlal ini menjelaskan, hijab yang dimaksudkan bukan setebal tisu, kain, atau kertas. Melainkan hijab setebal tembok bahkan lebih tebal lagi.

"Itulah rahasia kekuatan kaum Muslimin. Dan kalimat takbir itulah yang disyariatkan untuk diucapkan dalam shalat, bukan tasbih (subhanallah) atau tahmid (alhamdulillah), atau kalimat lainnya." terang Profesor Nasaruddin. [] 

Tausiyah Habib Rizieq Shihab yang Menggetarkan di Aksi 112

Ketua Front Pembela Islam (FPI) Muhammad Rizieq Shihab hadiri aksi 112 dan memberikan tausiyah di Masjid Istiqlal, Sawah Besar, Jakarta Pusat. Dalam tausiyahnya, Habib Rizieq pun menyinggung segala persoalan yang saat ini sedang berkembang.
Habib Rizieq meminta, semua umat Islam agar meningkatkan ukhuwah islamiyah. Umat Islam pun diminta untuk tidak bercerai berai dan mundur selangkahpun dalam memperjuangkan kalimat Allah.
Adapun soal Aksi Bela Islam I, II, dan III itu digelar umat Islam hanya untuk mencari ridho Allah. Apapun risiko yang harus dihadapi tentu akan dihadapinya selama Allah meridhoinya.
“Jadi jangan sekali-kali dimaknai Aksi Bela Islam itu aksi makar, anti NKRI, dan anti Pancasila. Demi Allah, kami cinta NKRI yang berdasarkan UUD 45 dan Pancasila. Demi Allah, kami junjung Bhineka Tunggal Ika dan kami cinta keragaman,” kata Habib Rizieq di Masjid Istiqlal, Jakarta Pusat, Sabtu (11/2/2017).
Menurut habib Rizieq, saat aksi 212 yang dihadiri jutaan umat Islam itu di Monas dan dihadiri Presiden, Panglima TNI, dan Kapolri serta dari umat nonmuslim juga turut berpartisipasi. Itu semua harus dimaknai kalau aksi tersebut merupakan aksi Bhineka Tunggal Ika yang sesungguhnya.
“Aksi 212 murni bentuk cintanya umat Islam pada negara, agama, ulama dan kemajemukan. Maka itu, kami beri masukkan pada pemimpin, umat yang sudah tunjukkan kebhinekaan ini musti dicinta, bukan dinista. Harus disayang, bukan ditendang. Ditangkul, bukan dipukul,” tuturnya.
Habib Rizieq menjelaskan, umat Islam itu harus diajak dialog, kalau pemimpin cinta dengan umat Islam, ulama pun dirangkul. Karena mereka akan menjadi satu energi dahsyat menuju Indonesia yang lebih baik dan umat Islam jangan dijadikan lawan, tapi kawan.
Saat ini, dia melihat, adanya gerakan siluman yang hendak mengadu domba umat Islam dengan pemerintah Indonesia. Sehingga, pemerintah beranggapan kalau umat Islam itu lawan kepemerintahan.
“Tapi kita tak boleh terprovokasi. Tiga kali posko FPI dibom molotov. Kami tahu itu provokasi supaya kami marah, tapi pada siapa? Kita tak boleh terpancing. Kalau terpancing, musuh kita akan senang karena berhasil adu domba kita,” jelasnya.
Maka itu, Habib Rizieq mengimbau, agar umat Islam tidak terprovokasi, apalagi sampai terpecah belah. Adapun soal Aksi Bela Islam itu, dilakukan untuk menuntut agar penista agama dihukum atas perbuatannya.
Sejal awal, kata Habib Rizieq, massa Aksi Bela Islam sebelum melakukan aksinya sudah menyuarakan keinginannya untuk berdialog dengan pihak terkait dalam menyelesaikan persoalan penistaam agama yang dilakukan Basuki Tjahaja Purnama (Ahok). Namun, itu tak terealisasikan karena dia melihat adanya kelompok yang sengaja menjauhkan umat muslim dan ulama dari pemerintah, begitu sebaliknya.
“Dalam pertemuan dengan Menkopolhukam kemarin, Alhamdulillah beliau berikan komitmen. Pertama soal penegakan hukum tanpa adanya rekayasa. Kedua pemerintah kerja sama dengan ulama dalam menjaga NKRI,” katanya.
Apabila ulama dan pemerintah berdialog, kata Habib Rizieq, musuh yang sebenarnya akan terungkap. Saat itulah, umat Islam akan tahu siapa musuh dan harus diperanginya.
Maka itu, para ulama dan habaib pun diminta untuk menjaga diri dan umat Islam. Pemerintah pun diminta untuk tidak menunjukan hal-hal yang sifatnya dapat memprovokasi umat Islam, seperti kriminalisasi ulama, memfitnah ulama, dan memproses ulama dimana-mana layaknya tersangka.
Jika itu terus terjadi, tentu akan menimbulkan sebuah provokasi pada umat Islam yang nantinya, ulama dan habaib pun akan sulit memberikan pengertian dan meredakan kegerahan umat Islam.
“Bila ingin dialog, stop kriminalisasi ulama. Kalau sudah hormati ulama, niscaya umat Islam akan hormati mereka. Siap bela ulama? Siap bela Kiai, habaib? Siap bela Islam? Takbir,” tegasnya.
Sedang terkait fitnah yang kerap ditujukan padanya, Habib Rizieq mengaku sudah kenyang dengan hal tersebut. Dia pun tak mau menanggapi fitnah-fitnah tersebut. Apalagi, sekarang bukan lagi saatnya saling lempar fitnah.
Munarman saat ini sudah menjadi tersangka, Ustaz Bachtiar Nasir pun sudah di gerbang status tersangka, termasuk dirinya yang kini menjadi buronan sejak pukul 00.00 WIB semalam untuk dihadirkan di Polda Jabar.
“Untuk jaga dialog, saya minta seluruh kuasa hukum untuk komunikasi dengan Babes Polri dan Polda Jabar tentang langkah ke depan. Tak usah khawatir, usai acara ini saya akan datang ke Polda Jabar kalau diperlukan, tak usah khawatir saya akan lari,” katanya.
Adapun soal alasannya tak hadir dalam pemeriksaan sebelumnya, kata dia, dirinya tengah dalam kewajiban menjaga umat dan menjaga agar aksi 112 ini bisa berlangsung dengan damai. Dia pun tak akan lari dari pemeriksaannya dalam kasus dugaan penodaan terhadap Pancasila.
Dia akan menghadapi proses hukum yang ada sebagai warga negara Indonesia yang baik. Namun, dia meminta agar tak ada rekayasa dalam kasus tersebut dan jangan ada rencana jahat pada ulama serta tokoh Islam.
“Saya yakin kalau habaib diperlakukan baik, maka masyarakat akan menghormati pemerintah. Kita enggak ada niat buat makar dan saya tak rela satu ustaz pun di GNPF MUI ditahan,” tegasnya.

Minggu, 05 Februari 2017

Amalkan Doa Ini Sebelum Tidur, Insya Allah Hutang Sebanyak Apa Pun Akan Habis


Doa ini adalah di antara doa yg bisa diamalkan untuk melunasi utang & dibaca sebelum tidur.
Sudah diceritakan dari Zuhair bin Harb, telah diceritakan dari Jarir, dari Suhail, ia berkata, “Abu Shalih telah memerintahkan kepada kami bila salah seorang di antara kami hendak tidur, hendaklah berbaring di sisi kanan kemudian mengucapkan,


اَللَّهُمَّ رَبَّ السَّمَاوَاتِ السَّبْعِ وَرَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ، رَبَّنَا وَرَبَّ كُلِّ شَيْءٍ، فَالِقَ الْحَبِّ وَالنَّوَى، وَمُنْزِلَ التَّوْرَاةِ وَاْلإِنْجِيْلِ وَالْفُرْقَانِ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ شَيْءٍ أَنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهِ. اَللَّهُمَّ أَنْتَ اْلأَوَّلُ فَلَيْسَ 
قَبْلَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ اْلآخِرُ فَلَيْسَ بَعْدَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ الظَّاهِرُ فَلَيْسَ      فَوْقَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ الْبَاطِنُ فَلَيْسَ دُوْنَكَ شَيْءٌ، اِقْضِ عَنَّا الدَّيْنَ وَأَغْنِنَا مِنَ الْفَقْرِ

Allahumma robbas-samaawaatis sab’i wa robbal ‘arsyil ‘azhiim, robbanaa wa robba kulli syai-in, faaliqol habbi wan-nawaa wa munzilat-tawrooti wal injiil wal furqoon. A’udzu bika min syarri kulli syai-in anta aakhidzum binaa-shiyatih. Allahumma antal awwalu falaysa qoblaka syai-un wa antal aakhiru falaysa ba’daka syai-un, wa antazh zhoohiru fa laysa fawqoka syai-un, wa antal baathinu falaysa duunaka syai-un, iqdhi ‘annad-dainaa wa aghninaa minal faqri.

Artinya:
“Ya Allah, Rabb yang menguasai langit yang tujuh, Rabb yang menguasai ‘Arsy yang agung, Rabb kami dan Rabb segala sesuatu. Rabb yang membelah butir tumbuh-tumbuhan dan biji buah, Rabb yang menurunkan kitab Taurat, Injil dan Furqan (Al-Qur’an). Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan segala sesuatu yang Engkau memegang ubun-ubunnya (semua makhluk atas kuasa Allah).
 Ya Allah, Engkau-lah yang awal, sebelum-Mu tidak ada sesuatu. Engkaulah yang terakhir, setelahMu tidak ada sesuatu. Engkau-lah yang lahir, tidak ada sesuatu di atasMu. Engkau-lah yang Batin, tidak ada sesuatu yang luput dari-Mu. Lunasilah utang kami dan berilah kami kekayaan (kecukupan) hingga terlepas dari kefakiran.” (HR. Muslim no. 2713)

Imam Nawawi rahimahullah menyatakan bahwa maksud utang dalam hadits tersebut adalah kewajiban pada Allah Ta’ala dan kewajiban terhadap hamba seluruhnya, intinya mencakup segala macam kewajiban.” (Syarh Shahih Muslim, 17: 33).

Juga dalam hadits di atas diajarkan adab sebelum tidur yaitu berbaring pada sisi kanan.
Semoga bisa diamalkan dan Allah memudahkan segala urusan kita dan mengangkat kesulitan yang ada. Aamiin..